12 terbunuh, berpuluh-puluh cedera dalam serangan ke atas bandar Ukraine

KIEV — Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 39 yang lain cedera dalam serangan Rusia ke atas Ukraine pada Jumaat, lapor pihak berkuasa.

Sepuluh orang kehilangan nyawa, dan 20 yang lain cedera apabila bom udara berpandu melanda bandar selatan Zaporizhzhia, menyebabkan kebakaran di stesen servis kereta, kata Perkhidmatan Kecemasan Negeri.

Kebakaran yang merebak ke kawasan seluas 250 meter persegi dan merosakkan enam kenderaan berjaya dipadamkan.

Di bandar Kryvyi Rih, tengah Ukraine, peluru berpandu balistik menghentam bangunan pentadbiran awam, membunuh dua orang dan mencederakan 19 yang lain, kata Oleksandr Vilkul, ketua majlis pertahanan bandar itu.

Vilkul berkata, serangan itu turut merosakkan enam bangunan pangsapuri, lima rumah persendirian, dan beberapa kenderaan.

XINHUA