BEIRUT, Lubnan – Sekurang-kurangnya 26 pejuang terbunuh pada Ahad ketika pejuang Syria disokong Turki melancarkan serangan ke atas kawasan utara, Manbij, beberapa hari selepas merampas kawasan dikuasai Kurdish.
Pejuang pro-Turki telah menawan semula kawasan Tal Rifaat dikuasai Kurdish minggu lalu, beberapa hari selepas pemberontak menyerang kawasan dikuasai kerajaan, merampas bandar-bandar utama sebelum sampai ke Damsyik pada Ahad.
“Puak pro-Turki… merampas daerah besar bandar Manbij di kawasan luar bandar timur Aleppo, selepas pertempuran ganas dengan Majlis Tentera Manbij,” kata pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights.
Majlis itu bergabung dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish yang bertindak sebagai tentera de facto untuk pentadbiran Kurdish yang mengawal kawasan timur laut Syria.
“Pertempuran itu membunuh sembilan pejuang pro-Turki dan sekurang-kurangnya 17 pejuang Majlis Tentera Manbij”, kata pemerhati itu, yang bergantung pada rangkaian sumber di dalam Syria.
AN-AFP