NEW DELHI – Tiga orang terbunuh dan 13 yang lain diselamatkan pada Sabtu selepas sebuah bot karam di negeri Uttar Pradesh di utara India, kata polis.
Susulan kemalangan itu, penyelamat dan pasukan polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Menurut pegawai, orang di dalam bot itu akan menghadiri upacara pengebumian.
“Mereka yang berkabung termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung sedang menyeberangi sungai dengan dua bot. Ketika bot yang membawa beberapa ahli keluarga dan mayat selamat sampai ke pantai, bot malang yang dinaiki 16 orang itu terbalik di tengah sungai,” kata seorang pegawai polis.
Kemalangan yang melibatkan bot buatan tradisional adalah perkara biasa di India, terutama di kawasan luar bandar.
XINHUA