JAKARTA – Sebuah bas mini membawa 10 orang terjunam ke dalam gaung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia, menyebabkan tiga maut dan tujuh lagi cedera, menurut seorang pegawai dan pegawai polis pada Selasa.
Insiden itu berlaku pada petang Isnin ketika kenderaan itu melalui kawasan pelancongan Paman Semilir di Kabupaten Langkat, kata Sri Wahyuni Pancasilawati, pegawai agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah.
Penumpang terbabit berkemungkinan pulang daripada meraikan perayaan Islam di kampung halaman mereka, katanya kepada Xinhua.
Dia berkata, jalan di mana kemalangan itu berlaku tidak mempunyai lampu jalan. Mangsa dibawa ke klinik dan hospital berdekatan untuk rawatan.
“Disyaki akibat lampu kurang di selekoh tajam, pemandu hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam gaung,” kata Ketua Polis Daerah Langkat Syamsul Arifin Batubara.
Dia mengesahkan tiga orang maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan itu.
XINHUA