JAKARTA — Enam maut dan tujuh lagi cedera selepas tanah runtuh dan banjir kilat melanda wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Sabtu, menurut seorang penyelamat.
Ketua Unit Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah Kamellia memberitahu Xinhua bencana alam itu berlaku di dua daerah. Tanah runtuh itu melanda Kabupaten Padang Lawas pada 1 pagi waktu tempatan, mengakibatkan empat maut dan empat cedera.
Banjir kilat melanda Kabupaten Tapanuli Selatan pada 1.30 pagi waktu tempatan, mengorbankan dua penduduk dan mencederakan tiga yang lain.
XINHUA