2 maut, 1 cedera ditikam lelaki gelandangan New York

NEW YORK — Seorang lelaki gelandangan membunuh dua orang dan menyebabkan seorang lagi cedera parah dalam siri tikaman rambang di Manhattan awal Isnin, kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Lelaki berusia 51 tahun itu, yang pernah ditahan lapan kali sebelum ini, ditahan sejurus selepas dia menyerang mangsa ketiga.

Siasatan sedang berjalan dan jabatan penguatkuasaan undang-undang di New York City tidak mencari sebarang suspek tambahan pada masa ini, menurut Adams.

“Ia adalah jelas, contoh yang jelas mengenai sistem keadilan jenayah, sistem kesihatan mental yang terus menggagalkan warga New York,” kata Adams.

XINHUA