JERUSALEM – Tentera Israel mengumumkan pada Selasa tentera lautnya melakukan operasi besar-besaran untuk memusnahkan armada bekas rejim Bashar al-Assad.
Serangan itu memusnahkan “banyak” kapal bersenjatakan peluru berpandu laut ke laut di Teluk Mina al-Bayda dan pelabuhan Latakia di pantai Syria dalam serangan semalaman antara Isnin dan Selasa, katanya.
Operasi itu bertujuan untuk mengelakkan persenjataan armada daripada jatuh ke tangan musuh, tambahnya.
Secara berasingan, Tentera Udara Israel telah melakukan kira-kira 250 serangan udara di Syria sejak kejatuhan kerajaan Assad, lapor TV Kan milik Israel.
Pegawai Israel berkata serangan itu bertujuan untuk memusnahkan senjata canggih yang boleh mengancam Israel.
XINHUA