TUNIS —Pengawal pantai Tunisia menemui mayat sembilan pendatang manakala enam lagi masih hilang selepas bot mereka karam di luar pantai Tunisia, kata seorang pegawai kehakiman pada Khamis, dalam bencana bot pendatang terbaru di Mediterranean.
Pengawal pantai setakat ini telah menyelamatkan 27 orang yang berada di atas bot ketika ia rosak dan dinaiki air akibat cuaca buruk. Menurut keterangan mangsa yang terselamat, bot itu membawa sekurang-kurangnya 42 orang ketika ia karam.
Hakim Farid Ben Jha memberitahu Reuters bahawa pencarian sedang dijalankan untuk sekurang-kurangnya enam pendatang yang berada di atas bot ketika ia karam di luar pantai Chebba.
Semua pendatang yang menaiki bot itu adalah dari negara Afrika sub-Sahara.
Tunisia sedang bergelut dengan krisis penghijrahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan telah menggantikan Libya sebagai titik berlepas utama bagi kedua-dua, Tunisia dan orang-orang dari tempat lain di Afrika yang mencari kehidupan lebih baik di Eropah.
AN-REUTERS