MOSCOW – Serangan dron pada pagi Jumaat menyebabkan kerosakan harta kediaman di pelbagai bahagian di Moscow tanpa laporan kemalangan jiwa, lapor media.
RIA Novosti memetik perkhidmatan kecemasan sebagai berkata bahawa serangan dron merosakkan bumbung bangunan kediaman bertingkat tinggi di barat Moscow.
Pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian. Tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Maklumat awal menunjukkan bahawa dron itu melanda bahagian bumbung bangunan yang tergantung.
TASS berkata serpihan dari dron lain jatuh ke rumah persendirian di penempatan kotej di wilayah New Moscow. Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahagian lantai loteng dan dinding luar mengalami kerosakan. Selain itu, tiga kereta dan sebuah kenderaan serba rupa bumi (ATV) terjejas akibat impak itu.
Pada awal pagi, Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin berkata pasukan pertahanan udara telah menembak jatuh empat dron yang terbang ke arah bandar itu.
XINHUA