Warga Amerika Syarikat (AS) yang hilang enam bulan lalu ke dalam sistem penjara terkenal bekas Presiden Bashar Assad dan merupakan antara beribu-ribu yang dibebaskan minggu ini oleh pemberontak telah dibawa keluar dari Syria.
Web Arab News (AN) dalam laporan 13 Dis 2024 daripada AP menyebutkan, Travis Timmerman, 29, telah diterbangkan keluar dari Syria dengan menaiki helikopter tentera AS, menurut seorang pegawai AS yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan bagi membincangkan operasi sedang dijalankan.
Menurut laporan itu, tidak jelas ke mana Timmerman pergi seterusnya. Selepas diselamatkan, dia berterima kasih kepada penyelamatnya kerana membebaskannya tetapi memberitahu pegawai Amerika bahawa dia ingin tinggal di rantau itu, menurut seorang lagi yang biasa dengan perkara itu yang tidak diberi kuasa untuk mengulas secara terbuka.
Laporan itu menyebut, Timmerman ditahan selepas dia menyeberang ke Syria ketika ziarah Kristian dari sebuah gunung di sepanjang bandar Zahle di timur Lubnan pada Jun.
Dia memberitahu The Associated Press (AP) yang dia tidak dianiaya semasa berada di Cawangan Palestin, sebuah kemudahan tahanan terkenal yang dikendalikan oleh perisikan Syria.
Dalam sel penjaranya, Timmerman dipetik sebagai berkata berkata, dia mempunyai tilam, bekas minuman plastik dan dua lagi untuk sisa.
Dia berkata azan Jumaat membantu menjejak hari.
Timmerman dilaporkan berkata dia dibebaskan pagi Isnin bersama seorang lelaki muda Syria dan 70 banduan wanita, sebahagian daripada mereka membawa anak-anak mereka, selepas pemberontak menguasai Damsyik dan memaksa Assad daripada berkuasa dalam pergolakan dramatik.
Dia berkata dia dibebaskan oleh “pembebas yang masuk ke dalam penjara dan mengetuk pintu (selnya) dengan tukul.”
Dia telah ditahan secara berasingan daripada tawanan Syria dan Arab lain dan berkata dia tidak tahu ada orang Amerika lain yang ditahan di kemudahan itu.
Timmerman berasal dari Urbana, Missouri, kira-kira 50 batu (80 kilometer) di utara Springfield di bahagian barat daya negeri ini.
Dia memperoleh ijazah kewangan dari Missouri State University pada 2017.