Domain Hostinger mungkin sesuai untuk anda test market dan tidak mahu buang duit

Foto hiasan – Unsplash

Anda baru berjinak-jinak ingin memiliki blog mungkin tercari-cari domain (alamat tapak web) yang sesuai — terutama sesuai pada harganya — sebab anda atau sesiapa saja sudah tentu tidak ingin buang duit.

Buat apa bayar lebih, jika ada yang murah. Kan!

Banyak pihak yang menjual domain, dan harganya berbeza-beza, ada mahal, murah ataupun sederhana. Anda boleh tinjau terlebih dahulu harganya.

Namun pada ruangan ini, ingin disebut satu pihak yang menjual domain boleh dikatakan pada harga berpatutan, kalaupun ada pihak mendakwa ada pihak lain yang menjualnya pada harga lebih murah lagi.

Pihak dimaksudkan ialah HOSTINGER — harganya tidaklah mahal, bergantung kepada jenis domain.

Jika anda di peringkat mahu mencuba membuat blog, adalah agak ideal memilih HOSTINGER, sebab sesetengah domain dijualnya adalah murah untuk tahun pertama, ataupun pakej dua tahun dengan harga diskaun — suatu yang menjimatkan kos anda.

Sebagai contoh domain .click sekitar RM10 sahaja untuk setahun pertama — berbaloi kan — bolehlah cuba test market.

Ada beberapa jenis domain lagi yang harganya murah untuk setahun pertama atau pakej dua tahun misalnya. Anda boleh lihat sendiri dan cuba bandingkan (termasuk membuat kira-kira sesuai dengan bajet atau kemampuan anda), dengan mengunjungi laman HOSTINGER dan pihak lain. Klik sini untuk HOSTINGER.

* Tulisan ini berdasarkan pengalaman.