
LONDON – Jordan mengalu-alukan komen Presiden AS Donald Trump baru-baru ini mengenai tidak meminta penduduk Semenanjung Gaza meninggalkan wilayah pantai Palestin itu.
Sufyan Qudah, jurucakap Kementerian Luar Negeri, berkata pada Khamis bahawa Jordan kekal komited untuk mencapai keamanan yang boleh diterima oleh rakyat Palestin dan Israel, dan bahawa ia akan bekerjasama dengan AS dalam usaha ke arah itu.
Beliau menekankan bahawa satu-satunya jalan yang berdaya maju ke arah keselamatan, kestabilan, dan keamanan di Timur Tengah ialah penubuhan negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Trump berkata pada Rabu bahawa “tiada siapa mengusir mana-mana rakyat Palestin” dari Gaza.
Komennya dibuat sebagai respons kepada pertanyaan wartawan semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Ireland Micheal Martin di Rumah Putih.
Kenyataan Trump bercanggah dengan rancangan dicadangnya pada Februari untuk AS ambil alih Gaza, menempatkan semula penduduk Palestin ke negara jiran, dan menjadikan wilayah itu sebagai “Riviera Timur Tengah”.
AN