KAHERAH – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas sebuah bas mikro dilanggar kereta api di wilayah Ismailia di timur laut Mesir pada Khamis, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.
Ia berlaku apabila bas mikro itu cuba menyeberang dengan cepat dari lintasan yang tidak ditetapkan, kata Kereta Api Kebangsaan Mesir dalam satu kenyataan berasingan.
XINHUA