Netanyahu puji kejatuhan Assad sebagai ‘hari bersejarah’

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memuji penyingkiran Bashar al-Assad Syria pada Ahad sebagai “hari bersejarah” selepas tamparan diberikan oleh Israel terhadap penyokong Assad, Iran dan Hizbullah di Lubnan.

Semasa lawatan ke kawasan berhampiran barisan hadapan dengan Syria, beliau berkata beliau telah mengarahkan tentera Israel merampas kawasan di zon penampan bagi memastikan keselamatan Israel dan berkata: “Kami tidak akan membenarkan mana-mana pasukan musuh bertapak di sempadan kami”.

REUTERS