Pentagon akan hantar kira-kira 3,000 tentera tambahan ke sempadan selatan

WASHINGTON – Jabatan Pertahanan AS menghantar kira-kira 3,000 tentera ke sempadan selatan dengan Mexico, lapor Washington Post pada Sabtu, memetik pegawai pertahanan AS sebagai berkata.

Menurut laporan itu, Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth meluluskan arahan itu pada Jumaat. Pasukan itu, termasuk elemen pasukan tempur briged Stryker dan batalion penerbangan sokongan am, akan tiba di sepanjang sempadan hampir 2,000 batu dalam beberapa minggu akan datang.

Tentera baharu akan “menguatkan dan mengembangkan operasi keselamatan sempadan semasa untuk menutup sempadan dan melindungi integriti wilayah Amerika Syarikat,” kata Pentagon pada Sabtu.

Presiden AS Donald Trump telah menjadikan keselamatan sempadan sebagai keutamaan. Dia mengisytiharkan darurat negara di sempadan AS dengan Mexico pada hari pertama memegang jawatan untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin secara menyeluruh.

XINHUA