Pertahanan awam Gaza berkata 19 terbunuh dalam serangan Israel

Penduduk Palestin meninjau runtuhan bangunan selepas serangan Israel di selatan Kota Gaza pada 22 November 2024, ketika perang antara Israel dan Hizbullah berterusan. (Foto oleh Omar AL-QATTAA / AFP)

KOTA GAZA – Agensi pertahanan awam Gaza berkata 19 orang, sesetengahnya kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara dan tembakan kereta kebal Israel pada Sabtu.

Jurucakap agensi Mahmud Bassal memberitahu AFP “19 orang terbunuh dan lebih 40 lagi cedera dalam tiga pembunuhan beramai-ramai yang disebabkan oleh serangan udara Israel di Semenanjung Gaza antara tengah malam dan pagi ini,” serta tembakan kereta kebal di Rafah di selatan wilayah itu.

AN-AFP