Sekurang-kurangnya 6 maut dalam kejadian bangunan runtuh di tengah Mesir

KAHERAH – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada Jumaat, termasuk seorang ibu dan dua anaknya, dalam kejadian bangunan tiga tingkat runtuh di wilayah Asyut tengah Mesir.

Menurut kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi wilayah itu, runtuhan itu turut menyebabkan 11 orang cedera, yang kemudiannya dipindahkan oleh pasukan perlindungan awam ke hospital awam terdekat.

XINHUA