LUANDA – Angola merekodkan 3,402 kes taun dan 114 kematian sejak wabak itu bermula pada awal Januari, menurut kenyataan akhbar harian Kementerian Kesihatan pada Selasa.
Sejak 1 Februari, Angola telah melaporkan lebih daripada 100 kes taun baharu setiap hari, memuncak pada 295 kes pada 8 Februari. Bagaimanapun, ujian makmal untuk mengesahkan jangkitan masih terhad, dengan hanya kira-kira 20 sampel dianalisis setiap hari.
Sejak wabak pada 7 Januari, penyakit itu telah merebak ke beberapa wilayah, dengan Luanda dan wilayah jiran, Bengo paling terjejas.
Lebih 925,000 orang telah diberi vaksin kolera, meliputi 86 peratus daripada populasi sasaran, menurut buletin epidemiologi Kementerian Kesihatan pada Isnin.
XINHUA